Cari @ Amanz

Sepanjang tahun 2010, Facebook telah menjadi suatu fenomena yang amat hebat sekali, dimana kini Facebook yang merupakan laman paling popular di Malaysia, telah pun menjadi laman ketiga terpopular didunia, meninggalkan Yahoo! dibelakangnya. Selain daripada statistik memperkatakan lebih 550 juta pengguna kini menggunakan Facebook, Democracy UK turut mengeluarkan statistik lain yang amat menarik sekali.

Jikalau dilihat dari segi status perhubungan di Facebook, sepanjang tahun 2010;

  • Seramai 43,869,800 menukarkan status kepada “Single”
  • Sereamai 3,025,791 menukarkan status kepada “It’s Complicated”
  • Serama 28,460,516 menukarkan status kepada “In A Relationship”
  • Seramai 5,974,574 menukarkan status kepada “Engaged”
  • Seramai 36,774,801 menukarkan status kepada “Married”

Selain daripada itu, aktiviti pada Facebook kian meningkat aktif, dimana setiap 20 minit pada Facebook, sebanyak:

  • 1,000,000 pautan dikongsikan.
  • 1,323,000 gambar di tag.
  • 1,484,000 jemputan acara di hantar.
  • 1,851,000 kemaskini status berlaku.
  • 1,587,000 wall post berlaku.
  • 1,972,000 permintaan rakan diterima.
  • 2,716,000 keping gambar dimuat-naik.
  • 10,208,000 komen berlaku.
  • 4,632,000 mesej dihantar.

Seperti yang dapat dilihat, sememangnya Facebook telah mengubah cara kita berkomunikasi, dan mungkin kita akan dapat melihat Facebook terus berkembang pada tahun ini, selain akan menerima beberapa saingan, termasuk daripada Google sendiri. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd