Cari @ Amanz

Salah satu perisian yang dijangka akan dilancarkan pada tahun ini adalah kemaskini versi baru untuk pelayar web paling popular, iaitu Internet Explorer 9. Sebelum ini, Microsoft telah pun melancarkan versi pembangunannya untuk pengguna mencuba terlebih dahulu, dan menariknya, kini diperkatakan IE9 Beta telah dimuat-turun lebih 20 juta kali.

Internet Explorer 9 Beta
Antaramuka Internet Explorer 9 Beta

Microsoft telah melancarkan Internet Explorer 9 Beta pada bulan September 2010 yang lepas, yang mana seterusnya telah menjadi perbualan hangat dengan pelbagai fungsi-fungsi menarik yang terkini, selain membawakan sokongan standard web semasa. Selain daripada lebih 20 juta muat-turun, IE9 Beta juga kini digunakan oleh 0.46% pelayar web seluruh dunia, suatu pencapaian yang amat menarik sekali untuk pelayar web yang masih diperingkat beta.

Internet Explorer 9 direkabentuk dengan fokus utama pada standard web dan juga HTML5, selain integrasi penuh bersama Windows 7. Ianya sedia dimuat-turun untuk para pengguna Windows secara percuma, dan mengujinya sebelum versi akhir dilepaskan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd