Dulu, ketika tahun 2008, permainan membeli domain bernama serupa dan membuatnya menuju ke laman pihak lain agak popular dikalangan pemilik syarikat pengiklanan, dan kini perkara itu turut berulang dikalangan pemilik laman-laman tawaran dan diskaun yang kini kian meningkat naik.
Perkara ini tidak melibatkan semua pihak, namun ianya dilihat yang mana Baloi.com.my ingin menumpang populariti pihak Groupsmore daripada YouthAsia. Baloi.com.my dilihat mana telah membeli nama domain Groupsmore.com.my dan seterusnya membuat nama domain tersebut menuju ke laman mereka. Untuk makluman, nama domain Baloi.com.my dan Groupsmore.com.my didaftar menggunakan nama syarikat yang berbeza, namun menggunakan alamat yang sama.
Permainan nama domain ini bukanlah asing, dimana sebelum ini, pelbagai kes yang serupa berlaku, dan untuk selamat, banyak syarikat internet yang membeli lebih daripada satu nama domain, untuk mengelakkannya disalahgunakan oleh pihak lain. Namun, sekiranya dilihat daripada sudut perspektif yang berbeza, ianya merupakan salah satu cara untuk menjana trafik dengan mudah melalui penggunaan nama domain yang serupa dengan pesaing.