Seperti yang diperkatakan sebelum ini, Angry Birds mula diperluaskan kepada pelbagai perantian, dan dalam minggu ini, permainan popular Angry Birds akan diperkenalkan pada PlayStation 3, dan PlayStation Portable, yang mana akan dilancarkan sebagai muat-turun digital PlayStation Minis.
Melaluinya kelak, sama seperti pada versi mudah-alih yang lain, para pengguna akan mengawal burung dalam menumpaskan musuh mereka, dan lebih 63 tahap disediakan oleh Rovio untuk para pengguna PlayStation. Walaubagaimanapun, ianya mungkin sedikit kurang menarik, memandangkan para pengguna tidak boleh mengawalnya menggunakan skrin sentuh seperti pada telefon dan perantian mudah-alih yang lain.
Rovio Mobile telah mencapai satu pencapaian yang amat membanggakan, dimana permainan Angry Birds telah dimuat-turun berjuta kali oleh para pengguna seluruh dunia, dan sebelum ini, mereka mengatakan yang mereka akan memperluaskan tawaran permainan Angry Birds kepada beberapa platform yang lain, termasuk Xbox 360, Nintendo Wii dan juga PC. Dengan pengenalan kepada versi PlayStation, mungkin kita boleh nantikan pelancaran pada platform lain tidak lama lagi.