Lebih 10% Pengguna Kini Menggunakan Google Chrome

Lebih 10% Pengguna Kini Menggunakan Google Chrome

Diterbitkan pada Jan 3, 2011 oleh .

Google berjaya mempromosikan pelayar web Chrome mereka dengan jayanya sepanjang tahun lepas, dimana mereka telah mengakhiri tahun 2010, dengan angka 10 – dimana pembangunan pelayar web mereka telah pun mencapai angka pembangunan Chrome 10, selain Chrome kini memegang 10% daripada pasaran pelayar web seluruh dunia.


Chrome Mencapai Angka 10% Pada Bulan Disember 2010 [via]

Pembangunan Chrome telah diubah menjadi pantas sepanjang tahun lepas, dimana versi stabil akhir adalah Google Chrome 8, dengan Google Chrome 9 Beta telah dilepaskan, selain Google Chrome 10 yang sedang dibangunkan sedia diuji melalui saluran pembangun. Selain daripada itu, bilangan extensions untuk Chrome turut melebihi angka 10,000.

Walaubagaimanapun, menariknya adalah dimana angka pengguna yang menggunakan pelayar web Chrome terus meningkat, daripada 9.3% pada bulan November, meningkat menjadi 10% pada bulan Disember, suatu pencapaian yang drastik untuk pelayar web yang masih baru lagi itu. Firefox dan Opera masih kekal tanpa sebarang peningkatan, manakala Internet Explorer daripada Microsoft mula berkurangan penggunanya, daripada 58.4% kepada 57.1% pada bulan Disember.

Tahun 2011 mungkin menjadi lagi satu tahun yang utama untuk Google dan pengguna Chrome, dimana pada tahun ini, Chrome Web Store dan Chrome OS akan menjadi salah satu topik perbincangan utama dikalangan mereka. Selain itu, pembangunan Chrome yang laju juga dijangka akan membawakan pelbagai fungsi-fungsi menarik untuk para pengguna, sekaligus menjadikan pelayaran lebih menarik daripada sebelumnya.


TIPS & ULASAN