Industri laman tawaran, dan diskaun terus meriah, dimana kini ianya turut disertai oleh Qpon, yang mana menawarkan tawaran-tawaran menarik daripada pelbagai segi, termasuk diskaun untuk seminar, barangan sukan, gajet, makanan, dan banyak lagi perkara yang amat menarik sekali.
Ianya dapat dilihat yang mana Qpon telah dilancarkan pada tahun lepas, yang mana telah membantu para pengguna berjimat daripada pelbagai segi. Sepanjang tahun ini, mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak laman-laman dengan konsep serupa berkembang, selain pelbagai perubahan mungkin berlaku dikalangan laman-laman yang sedia ada.
Di Malaysia, ianya dapat dilihat yang mana antara laman tawaran yang popular adalah MyDeals dan Groupsmore, namun turut dimeriahkan oleh beberapa laman tawaran lain termasuk Tawaran Harian, OrangeDeals, Baloi, ILoveDiscounts dan banyak lagi. Beberapa laman lain turut dijangka akan diperkenalkan, selain persaingan sihat antara mereka telah berlaku, yang mana membawa pelbagai keuntungan kepada para pengguna.