Cari @ Amanz

Nampaknya, budaya startup akan terus berkembang sepanjang tahun 2011 ini di Malaysia. Terkini, lebih 12 orang penulis bersatu dalam membangunkan laman komuniti yang berkongsi akan tutorial dan info berkenaan IT, iaitu FakeFreelance.


Antaramuka Laman FakeFreelance.com

Menarik dan berbezanya mengenai laman tersebut adalah ianya menggunakan medium berupa video dalam penyampaian tutorial mereka, sekaligus menjadikan pemahaman oleh para pengguna lebih mudah dan pantas berbanding cara penggunaan gambar dan lain-lain.

Buat masa ini, FakeFreelance lebih tujukan tutorial mereka kepada beberapa topik utama yang popular, termasuk Flash, After Effects, 3DS Max, Photoshop, Illustrator, Fotografi dan banyak lagi. Menariknya, semua tutorial yang disediakan adalah percuma, dan para pengguna tidak perlu membayar walau satu sen sekalipun untuk mempelajarinya, selain penggunaan bahasa spontan dan kasual yang amat menarik sekali. Kualiti video juga amat menarik, dan penerangan satu demi satu, memudahkan pemahaman oleh semua peringkat pengguna.

Contoh Video Yang Di Hasilkan FakeFreelance.com

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd