simpleLinux Penyelamat Akan Membawakan Skrin Boot Baru

simpleLinux Penyelamat Akan Membawakan Skrin Boot Baru

Diterbitkan pada Jan 4, 2011 oleh .

Antara distro Linux tempatan yang bergiat aktif adalah simpleLinux, dimana seperti sedia maklum, pembangun disebalik simpleLinux dijangka akan memperkenalkan simpleLinux dengan nama kod “Penyelamat” pada pertengahan bulan ini, dan menariknya, kini mereka telah pun mula menarik perhatian ramai dengan memperlihatkan skrin boot mereka yang serba baru.

Untuk maklumat para pembaca, simpeLinux Penyelamat merupakan salah satu Rescue CD yang berasaskan Linux, yang mana bakal didatangkan bersama-sama persekitaran desktop GNOME, serta beberapa aplikasi didatangkan bersama-samanya, termasuk gParted, Photorec, TestDisk dan juga FishShell Interactive. Namun begitu, mungkin terrdapat perubahan pada versi akhirnya kelak.


Skrin Boot Baru Untuk SimpleLinux Penyelamat [via]

simpleLinux Penyelamat ini dijangka akan dilepaskan seawal 15 Januari 2011 kelak, namun sekiranya menghadapi sebarang kelewatan sekalipun, para pembangunnya menjangkakan akan melepaskannya sebelum 30 Januari kelak. Namun begitu, skrin boot yang baru ini, akan digunakan pada simpleLinux Penyelamat, dan juga dua versi simpleLinux yang seterusnya yang akan dilepaskan pada tahun ini juga. Buat sementara itu, para pengguna boleh mencuba simpleLinux dengan menggunakan simpleLinux Felix yang dilepaskan baru-baru ini.


TIPS & ULASAN