Ballmer Di Jangka Akan Bercakap Mengenai Windows 8?

Ballmer Di Jangka Akan Bercakap Mengenai Windows 8?

Diterbitkan pada Jan 5, 2011 oleh .

Steve Ballmer, CEO untuk Microsoft dijangka akan memperkenalkan sekurang-kurangnya, satu komponen baru untuk Windows 8 esok. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi tidak dapat dipastikan, memandangkan sebelum ini, Microsoft pernah mengatakan akan memperkenalkan Windows untuk cip ARM pada acara yang sama.

Windows 8 diperkatakan akan dilancarkan kepada umum seawal tahun hadapan, sekaligus memperlihatkan yang mana versi pembangunannya akan tiba dalam tempoh tahun ini. Namun kesemuanya adalah masih diperingkat ura-ura lagi.

Windows 8 sebelum ini telah diperkatakan yang mana akan membawakan pelbagai fungsi baru, beserta dengan antaramuka yang serba baru, yang dipanggil dengan nama kod “The Wind” yang mana akan membawakan antaramuka 3D kepada sistem operasi Windows. Selepas kejayaan Windows 7, kini ramai yang menantikan keajaiban yang akan dibawakan oleh sistem operasi generasi baru daripada Microsoft ini. Sama-sama kita nantikan pengumuman Ballmer esok.


TIPS & ULASAN