Carian
FeedGeorge Memudahkan Anda Mengikuti Perkembangan Setempat
January 5, 2011 Aman

Geolokasi sememangnya telah mengubah pelbagai perkara, dan terkini, FeedGeorge membawakan rss aggreagtor berdasarkan geolokasi, dimana melalui laman tersebut, ianya memperlihatkan pelbagai berita dan perkara menarik yang berlaku, berdekatan dengan lokasi anda.


Laman FeedGeorge.com

FeedGeorge ini dimiliki oleh Mkini Dotcom, syarikat disebalik MalaysiaKini, dimana melalui laman FeedGeorge, mereka turut mengintegrasikan kandungan daripada KomunitiKini, sekaligus membolehkan anda mengetahui pelbagai berita menarik di kawasan kejiranan anda dengan mudah.

Selain daripada KomunitiKini, beberapa penyedia kandungan lain adalah termasuk iProperty, JustAround dan juga MalaysiaCrime, manakala Exabytes menawarkan kepakaran teknikal mereka dalam pembangunan. Selain daripada itu, sekiranya anda merupakan pembangun kandungan, atau ingin menjadi rakan FeedGeorge, anda boleh mendaftarkan diri, dimana terlebih dahulu, anda perlu menambah informasi geografi kepada kandungan anda, yang boleh dilakukan dengan mudah menggunakan WordPress dan Blogger.

Dengan lebih ramai sokongan, kelak, ianya mungkin akan menjadi salah satu tempat perhentian untuk mendapatkan pelbagai berita semasa yang amat menarik sekali.

Komen