Cari @ Amanz

Seperti yang dinantikan, kini ianya dilihat yang mana permainan Angry Birds untuk PC telah pun sedia dimuat-turun oleh para pengguna. Namun begitu, ianya tidaklah diberikan secara percuma, dimana permainan tersebut dijual pada harga cuma $4.99, dan para pengguna boleh mendapatkannya melalui Intel AppUp.

Buat masa ini, melalui halaman Angry Birds pada laman Intel AppUp, ianya dikatakan yang mana permainan tersebut menyokong Windows 7 dan Windows XP (Windows Vista tidak disertakan dalam informasi pada laman tersebut). Selain daripada itu, ulasan awal memperkatakan yang mana kawalan tetikus dan grafik Angry Birds untuk Windows adalah menarik.

Angry Birds daripada Rovio ini telah menjadi suatu fenomena yang amat hebat sekali, dimana setelah kejayaan pada platform iOS, Android dan beberapa platform mudah-alih yang lain, tahun ini mereka mula menumpukan kepada pelbagai konsol, dan termasuk PC. Permainan yang membolehkan anda mengawal burung dalam menyerang pihak lawannya, dalam mendapatkan keadilan telah menjadi perbualan hangat sepanjang tahun lepas, dan salah satu aplikasi wajib pada setiap telefon pintar.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd