Amazon Akan Melancarkan AppStore Untuk Android

Amazon Akan Melancarkan AppStore Untuk Android

Diterbitkan pada Jan 5, 2011 oleh .

Google baru-baru ini telah memperkenalkan antaramuka baru yang lebih mesra untuk Android Market, namun ianya masih tidak memuaskan hati segelintir pengguna, dan menariknya, Amazon juga sedang membina kedai aplikasi mereka tersendiri untuk platform Android, dan dijangka akan diperkenalkan dalam tahun ini.


Laman Untuk Pembangun Menghantar Aplikasi Mereka Pada Amazon AppStore [via]

Sebagai usaha pertama dalam memperkenalkan kedai aplikasi Android mereka, kini Amazon sudah pun membuka sebuah pusat khas untuk para pembangun, dimana mereka boleh mula menghantar aplikasi mereka untuk disertakan pada Amazon AppStore.

Amazon AppStore ini kelak akan sedikit sebanyak mengikut cara Apple App Store, dimana aplikasi akan diuji terlebih dahulu sebelum ianya disenaraikan pada Amazon AppStore, berbeza dengan Google yang tidak menguji sebarang aplikasi, dan cuma mengeluarkannya apabila menerima laporan daripada pengguna. Selain daripada itu, aplikasi bersifat lucah dan tidak mengikut tatacara juga tidak akan disenaraikan pada Amazon AppStore.

Selain daripada itu, Amazon mengambil pendekatan pembayaran berbeza, dimana ianya memiliki hak penuh dalam penetapan harga setiap aplikasi, dimana para pembangun akan menerima 70% daripada setiap pembelian. Selain itu, para pengguna juga akan boleh membeli dengan akaun Amazon mereka, menjadikan pembelian lebih mudah, dan muat-turun aplikasi lebih pantas.

Ianya mungkin serba sebanyak kelak akan bersaing secara sihat dengan Android Market milik Google. Google apabila diminta komen mengenai Amazon AppStore, mereka mengatakan yang mana Android adalah platform terbuka, dan sesiapa sahaja boleh membina untuknya tanpa sebarang halangan.

Tips daripada @Crynobone. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus di Twitter atau emel ke media(a)amanz.my


TIPS & ULASAN