Cari @ Amanz

Pembangun CMS yang paling menarik, Drupal telah pun mengeluarkan versi generasi baru perisian mereka, iaitu Drupal 7, yang mana membawakan pelbagai perkara menarik, membolehkan anda membangunkan sebarang laman web, daripada blog, laman-mikro, sehinggalah laman-laman besar, termasuk komuniti sosial anda yang tersendiri.

Melalui Drupal 7, ianya membawakan pelbagai fungsi baru daripada versi lama, dimana kini kandungan anda boleh lebih fleksibel, selain anda boleh menyimpan data SQL, NoSQL atau disebarang storan asing. Anda juga boleh menggunakan custom field khas dalam pembangunan laman anda, menjadikan laman anda lebih menarik. Pembinaan tema juga lebih senang, selain memuat-naik gambar dan fail lebih mudah daripada dahulu.

Sama seperti WordPress dan Joomla, Drupal turut sama menggunakan lesen sumber terbuka, menjadikan komuniti pembangun dan pertolongan didapati dengan lebih mudah lagi. Buat masa sekarang ini, Drupal 7 sudah pun mula digunakan du ratusan lama diluar sana, dan para pengguna yang berminat boleh memuat-turun dan mencubanya, ataupun pengguna yang sedia ada boleh menaik-taraf pemasangan anda dan menikmati pelbagai fungsi baru yang ditawarkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd