Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan jalur-lebar berkelajuan tinggi pada tahun lepas, kini TM mengumumkan yang mana mereka telah pun meliputi lebih 750,000 premis pada lebih 48 kawasan. Ini sekaligus memperlihatkan yang mana TM mungkin boleh meliputi lebih 1.3 juta premis menjelang akhir 2012 seperti yang disasarkan sebelum ini.

UniFi diperkenalkan oleh TM secara berperingkat, dimana perhatian diberikan terlebih dahulu kepada kawasan Lembah Klang, dan juga kawasan dengan angka penduduk yang tinggi. Antara lokasi baru yang turut disokong oleh TM adalah termasuk Sentul, San Peng, Bintang dan Taman Midah di Wilayah Persekutuan, Sg Long, Keramat, Cheras, Petaling Jaya, dan Serdang di Selangor,dan Kawasan Perinduustrian Seberang Jaya di Pulau Pinang.

Selain daripada itu, angka pelanggan UniFi juga telah melangkaui 30,000 langganan, dimana TM mengatakan mereka melihat secara purata, 2,500 pendaftaran baru berlaku setiap minggu sehingga akhir tahun lepas.

TM telah melancarkan perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi mereka kepada umum pada 24 Mac yang lepas, selain turut melancarkan perkhidmatan IPTV mereka, HyppTV secara rasmi pada bulan Oktober tahun lepas.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd