Cari @ Amanz

Setelah hampir enam tahun, kini pembangun pelayar web yang pertama sekali mengintegrasikan fungsi sosial, Flock, telah pun diambil-alih oleh pembangun permainan sosial disebalik Farmville dan Cityville, iaitu Zynga. Walaubagaimanapun, harga pengambil-alihan tidak diumumkan.

Flock sebelum ini telah dimulakan pada tahun 2005, yang mana dimulakan dengan enjin Mozilla sebagai teras pelayar webnya, sebelum baru-baru ini beralih kepada enjin Chromium sebagai teras pembangunan mereka. Walaupun penggunaan Flock tidak begitu popular dikalangan pengguna, Flock yang mempunyai lebih 10 juta pengguna itu merupakan antara 10 aplikasi desktop Facebook yang paling popular.

Walaubagaimanapun, perancangan Zynga untuk Flock masih lagi tidak diketahui sepenuhnya. Zynga yang kini mempunyai lebih 250 juta pengguna aktif masih lagi belum mengumumkan apa yang akan dilakukan dengan Flock, selain mana kedua-dua pihak akan bekerjasama dalam membawakan pelbagai permainan sosial ke sebarang platform dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd