Seperti yang dinantikan, akhirnya Microsoft telah pun mengumumkan yang mana Windows 8, atau lebih tepat lagi, generasi Windows seterusnya akan menyokong sepenuhnya perantian yang menggunakan System on a Chip (SoC), termasuk sekali cip pemprosesan ARM.
Microsoft Mengumumkan Sokongan ARM [via]
Sehingga kini, Windows hanya menyokong x86 yang digunakan oleh cip pemprosesan Intel dan AMD, sekaligus menyukarkan pengeluar perantian berasaskan ARM menggunakannya. Namun begitu, dengan sokongan ARM yang dibawakan oleh Windows ini, ianya kelak akan membolehkan perantian yang menggunakan sistem ARM daripada NVIDIA, Qualcomm, dan yang lain-lain menggunakan sistem operasi Windows.
Dengan pengumuman ini, ianya turut memperlihatkan yang mana mungkin dalam masa akan datang, kita akan dapat melihat sistem operasi Windows mula mendapat perhatian kembali daripada pembangun perantian dengan kuasa rendah, terutamanya komputer tablet.