iLuvIslam Menceburi Industri Web Hosting

iLuvIslam Menceburi Industri Web Hosting

Diterbitkan pada Jan 6, 2011 oleh .

Setelah berjaya dalam industri web, dan melancarkan akhbar majalah mereka baru-baru ini, kini iLuvIslam terus memperluaskan syarikat mereka, dimana terkini dengan kerjasama bersama-sama dengan Skali Group, iLuvIslam melancarkan iLuvIslam Web.


Laman iLuvIslam Web

Melalui iLuvIslam Web, mereka menawarkan perkhidmatan hosting dan pendaftaran nama domain kepada para pengguna tempatan, sekaligus memudahkan sesiapa sahaja mempunyai akaun web dan domain mereka pada tersendiri pada harga serendah RM69 setahun.

Selain daripada itu, iLuvIslam Web juga turut sama akan menyumbangkan 10% daripada keuntungan yang didapati kepada kebajikan. Buat masa ini, iLuvIslam Web hanya menyediakan perkhidmatan Shared Hosting sahaja, dan dijangka akan berkembang kepada lebih banyak tawaran dalam masa akan datang nanti.


TIPS & ULASAN