Dr Rozmey Menceburi Bidang IT

Dr Rozmey Menceburi Bidang IT

Diterbitkan pada Jan 6, 2011 oleh .

Setelah berjaya dengan filem 2Alam, Dr Rozmey kini dilihat terus memperbesarkan empayar perniagaan beliau, dimana terkini beliau telah pun membuka kedai IT beliau sendiri di bawah nama Dr Rozmey IT Solutions berpangkalan di Jitra, Kedah.

Melalui perniagaan baru ini, beliau menyediakan perkhidmatan membaik-pulih komputer, disamping turut menjual barang-barang komputer, dan menyediakan pelbagai kursus dalam mendidik pengguna menjadi lebih celik IT.

Dr Rozmey IT Solution ini telah dibuka kepada umum sejak daripada 23 Disember yang lepas, dan harga jualan produk-produk IT disana masih lagi tidak diketahui samaada berpatutan ataupun sebaliknya. Mungkin dalam masa terdekat nanti, kita akan dapat melihat perkembangan rangkaian Dr Rozmey IT Solution di sekitar luar bandar mahupun bandar.

Tips daripada @RotiKaya. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus atau emelkan kepada media(a)amanz.my


TIPS & ULASAN