Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, Facebook telah menjadi salah satu fenomena yang amat besar sekali, dimana selain menduduki tempat utama sebagai laman yang paling dikunjungi oleh para pengguna Malaysia, kini Facebook juga turut disenaraikan sebagai laman yang paling digemari oleh pemasar digital di Malaysia.

Perkara ini dapat diketahui melalui suatu bancian ringkas yang dijalankan oleh Majalah A+M (Advertising + Marketing) Malaysia. Menariknya pada data tersebut adalah dimana, selain daripada 43.9% para pemasar yang memilih Facebook, menduduki tempat kedua adalah rangkaian The Star Online dengan undian sebanyak lebih 11.4%, dan Google menduduki tempat ketiga dengan 9.9%.

Berikut merupakan senarai penuh yang dikeluarkan oleh Majalah A+M Malaysia;

  1. Facebook (43.9%)
  2. The Star Online (11.4%)
  3. Google (9.9%)
  4. Yahoo! MY (5%)
  5. MSN MY (4.6%)
  6. iProperty (2%)
  7. MalaysiaKini (1.7%)
  8. Lowyat (1.3%)
  9. Twitter (1.1%)
  10. YouTube (1.1%)
  11. The Edge (1%)
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd