Cari @ Amanz

Mungkin sudah ramai yang kenali ZiccoTees, yang mana banyak menyokong pelbagai aktiviti tweetup di Malaysia. Menariknya, hari ini, mereka telah melangkah setapak kehadapan lagi, dimana kini perkhidmatan mereka boleh digunakan oleh pengguna dari lebih 160 negara seluruh dunia, pada harga yang amat berpatutan sekali.

ZiccoTees merupakan salah satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan mencetak baju. Menariknya mengenai mereka adalah dimana anda boleh mencetak sebarang idea anda pada baju-T daripada mereka dengan mudah, tanpa sebarang tempahan minimum dan sebagainya. Malah kualiti kain dan cetakan yang disediakan mereka juga amat bermutu tinggi.


Salah satu tshirt keluaran ZiccoTees [via]

Setelah berjaya di Malaysia, kini mereka turut membolehkan pengguna seluruh dunia mendapatkan dan menggunakan perkhidmatan mereka dengan mudah. Mulai hari ini, ZiccoTees menawarkan perkhidmatan penghantaran ke lebih 160 buah negara pada harga yang amat berpatutan sekali, sekaligus membolehkan anda menghantar baju dengan rekabentuk eksklusif kepada rakan-rakan luar negara anda, mahupun mereka membelinya terus daripada ZiccoTees.

We now deliver to over 160 countries worldwide with one of the most competitive international delivery rates! Pls RTless than a minute ago via CoTweet

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd