Cari @ Amanz

Seperti yang dinantikan, hari ini Apple telah pun melancarkan Mac App Store mereka, yang mana membawakan lebih 1000 aplikasi, dimana terdapat aplikasi yang boleh dimuat-turun secara percuma, dan juga secara berbayar, semuanya untuk sistem operasi Mac OS.


Antaramuka App Store

Untuk mula menggunakan Mac App Store, para pengguna memerlukan sistem operasi Snow Leopard, dan juga akaun iTunes, yang mana sememangnya dimiliki oleh kebanyakkan pengguna Mac. Sebelum mula menggunakannya, para pengguna Mac perlu mengemaskini sistem operasi Mac mereka kepada yang terkini, iaitu Mac OS X 10.6.6.

Selain daripada itu, bersama-sama dengan Mac App Store, Apple turut memperkenalkan aplikasi pejabat mereka yang popular, iLife ’11, dimana menariknya setiap aplikasi iLife ’11 boleh didapati secara berasingan. Selain daripada itu, banyak aplikasi lain yang menarik juga turut didatangkan bersama-sama dengan Mac App Store.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd