Carian
Skype Mengambil-Alih Qik
January 7, 2011 Aman

Hari ini, secara rasminya Skype telah mengumumkan persetujuan mereka untuk mengambil-alih Qik, iaitu salah satu penyedia perisian video mudah-alih, yang mana membolehkan para pengguna merakamkan detik-detik menarik, dan pada masa yang sama kongsi akannya bersama yang lain secara terus melalui telefon pintar mudah-alih dengan mudah.

Buat masa ini, Qik boleh didapati pada pelbagai sistem operasi mudah-alih, termasuk Android, iOS, BlackBerry, Symbian, dan Windows Mobile, dimana aplikasinya boleh dimuat-turun secara percuma bagi yang berminat. Sehingga 2010, pengguna Qik telah meningkat naik kepada lebih 5 juta orang pegguna, dimana suatu angka yang besar bagi syarikat yang baru, dan kini menariknya, Skype telah pun mengambil-alih perkhidmatan tersebut, dan harga yang dibayar diperkatakan adalah sekitar $100 juta.

Melalui pengambil-alihan ini, pelbagai perkara yang akan menguntungkan kedua-dua pihak, dimana kedua-duanya berkongsi satu matlamat, iaitu memperkayakan komunikasi melalui video. Selain daripada itu, teknologi disebalik Qik juga akan memudahkan Skype dalam membangunkan aplikasi mudah-alih mereka, yang membolehkan video dilihat tanpa sebarang gangguan. Mungkin kita akan dapat melihat pelbagai perkembangan positif hasil pembelian Qik oleh Skype ini dalam masa terdekat.

Komen