Twitter Memulakan Tahun Baru Dengan Rekod Yang Baru

Twitter Memulakan Tahun Baru Dengan Rekod Yang Baru

Diterbitkan pada Jan 7, 2011 oleh .

Twitter kini telah pun mengeluarkan laporan mengenai bilangan tweet yang telah dihantar ketika malam tahun baru 2011, dan menariknya, mereka telah mencapai rekod baru, dimana lebih 6939 tweet telah dihantar dalam masa 4 saat selepas tepat pukul 12 tengah malam di Jepun, yang mana lebih daripada sekali ganda berbanding rekod sebelum ini.

Ianya menarik untuk melihat pengguna Jepun giat menggunakan Twitter sebagai alternatif untuk mengucapkan ucapan tahun baru, memandangkan sebelum ini, beberapa kali rangkaian komunikasi mudah-alih mereka menghadapi masalah, oleh kerana penghantaran mesej yang dalam kuantiti banyak ketika sesuatu perayaan.

Selain daripada Jepun, seluruh dunia juga bergiat aktif dalam menggunakan Twitter dalam menyampaikan ucapan tahun baru, dimana Twitter sendiri telah menyediakan suatu video khas, yang mana memperlihatkan aktiviti para pengguna seluruh dunia dalam menggunakan Twitter ketika malam tahun baru.


TIPS & ULASAN