CIMBClicks Mengetatkan Lagi Sistem Keselamatan

CIMBClicks Mengetatkan Lagi Sistem Keselamatan

Diterbitkan pada Jan 7, 2011 oleh .

Keselamatan transaksi dalam talian merupakan salah satu perkara yang amat membimbangkan para pengguna, dan kini selain daripada fungsi TAC sedia ada, CIMB dijangka akan memperketatkan lagi keselamatan transaksi di laman CIMBClicks dimana setiap transaksi mungkin akan disusuli dengan sebuah soalan sekuriti, dimana ianya perlu dijawab dengan betul untuk transaksi itu berlaku.


Mesej Yang Di Perlihatkan CIMBClicks

Ianya masih lagi belum diperkenalkan buat masa ini, namun ianya dijangka akan diperkenalkan dalam bulan Januari 2011 ini. Buat masa ini, masih lagi tidak diketahui berkenaan adakah semua transaksi akan disusuli soalan sekuriti. Namun begitu, CIMB turut mengatakan yang mana sebelum sesebuah transaksi disahkan, mungkin informasi tambahan diperlukan sebelum ianya berjaya, samaada melalui CIMB Clicks sendiri ataupun melalui panggilan daripada agen bertugas dari CIMB.

Selain daripada itu, CIMBClicks juga telah mengubah terma dan syarat penggunaan laman mereka sedikit, dan setiap pengguna yang melayari laman CIMBClicks, akan diperlihatkan dengan mesej tersebut sebelum dibawa ke halaman untuk log masuk ke akaun.


TIPS & ULASAN