TM Memegang 47% Pasaran Jalur-Lebar Malaysia

TM Memegang 47% Pasaran Jalur-Lebar Malaysia

Diterbitkan pada Jan 7, 2011 oleh .

Sepanjang tahun lepas, internet dan jalur-lebar telah menjadi salah satu perbualan hangat, dimana kita dapat melihat pelancaran jalur-lebar berkelajuan tinggi, penyedia WiMAX yang berkembang, dan banyak lagi. Menariknya, kini, Hwang DBS telah pun mengeluarkan laporan pegangan pasaran untuk jalur-lebar, dan ianya didahului oleh TM dengan 47% pegangan pasaran.

Seperti sedia maklum, TM sememangnya merupakan penyedia jalur-lebar utama negara, dimana pada tahun berakhir 2010, TM memegang lebih 47% pasaran Malaysia. Ianya diikuti dengan penyedia jalur-lebar mudah-alih nombor satu negara, Celcom dengan 22% pegangan pasaran. Dibelakang Celcom, ianya diikuti oleh Maxis dengan 14%, dan juga DiGi dengan 4% pegangan pasaran. Selain daripada itu, penyedia-penyedia lain, termasuk P1, Yes4G, UMobile dan lain-lain berkongsi baki 13% pegangan pasaran.

Mungkin tahun ini, angka tersebut akan terus mengalami perubahan, dan mungkin kita akan dapat melihat persaingan yang lebih sihat antara para penyedia perkhidmatan jalur-lebar ini, dimana kini kebanyakkan kawasan sudah pun mula diliputi dengan akses kepada internet.

FY2010, #malaysia #broadband market share, #tm 47%, #celcom 22%, #maxis 14%, #digi 4%, others 13% Source: #hwangdbsless than a minute ago via HootSuite


TIPS & ULASAN