Carian
YouthSays Malaysia Di Jenamakan Semula Sebagai Says.MY
January 7, 2011 Aman

Setelah berjaya dengan platform YouthSays, kini Youth Asia mengumumkan penjenamaan semula untuk YouthSays Malaysia, dimana mulai hari ini, mereka dikenali dengan nama Says.MY.


Laman Says.my

Menariknya, kini Says.MY menjadi salah satu komuniti rakyat Malaysia, dimana dengan menyertainya, mereka boleh berkongsi pelbagai perkara menarik di rangkaian sosial, termasuk Facebook, Twitter dan blog, dan menjana lebih wang melaluinya, selain turut mendapatkan mata ganjaran dan juga hadiah dengan berbuat demikian.

Walaubagaimanapun, pengguna sedia ada YouthSays Malaysia tidak perlu berasa bimbang, memandangkan semua data akan masih kekal, dan apa yang berubah hanyalah namanya sahaja kepada Says.MY. Selain daripada Says.MY, syarikat disebaliknya, YouthAsia juga adalah pembangun disebalik laman tawaran dan diskaun popular, Groupsmore.

Komen