Cari @ Amanz

Setelah menguji fungsi panggilan video berkumpulan pada Skype sebelum ini, kini melalui kemaskini Skype yang baru, fungsi tersebut tidak lagi percuma, selain mana perisian tersebut kini lebih stabil daripada sebelumnya, dan membawakan kualiti panggilan yang dipertingkatkan berbanding sebelumnya.

Melalui kemaskini Skype untuk Windows yang baru, iaitu versi 5.1, fungsi panggilan video berkumpulan yang dahulunya diuji sebagai beta, kini sudah pun mencapai tahap stabil, dan sudah sedia digunakan secara serius oleh semua pengguna. Kini, Skype mula mengenakan bayaran untuk menggunakan panggilan video berkumpulan, namun begitu, anda masih boleh menggunakannya secara percuma selama 7 hari dibawah lesen percubaan.

Panggilan video dan suara dijangka akan menjadi salah satu trend utama sepanjang tahun 2011 ini, dimana, sebelum ini Skype telah pun memperkenalkan panggilan video untuk iOS, dan juga membeli syarikat Qik. Ini memperlihatkan beberapa persediaan Skype dalam menceburi panggilan video pada perantian mudah-alih dengan lebih serius. Selain Skype, Google juga membangunkan Google Voice, dan juga telah memperlihatkan panggilan video melalui Google Talk pada Android Honeycomb.

Kredit : Engadget. Tips daripada @Bubbles182. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus di Twitter, ataupun emelkan kepada media(a)amanz.my

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd