Carian
Tiada Keperluan Minimum Untuk Android Honeycomb
January 8, 2011 Aman

Sepanjang minggu ini, seluruh peminat Android tertanya-tanya dengan spesifikasi untuk Android 3.0 Honeycomb, yang mana diperkatakan memerlukan cip pemprosesan dual-core untuk beroperasi. Kini, semua boleh menarik nafas lega, oleh kerana, pembangun Android sendiri telah mengatakan yang tiada sebarang keperluan minimum cip pemprosesan untuk Honeycomb.

Walaupun kini telah diketahui yang mana tiada sebarang keperluan minimum untuk Android 3.0 Honeycomb, salah satu perkara yang masih menjadi tanda tanya adalah berkenaan dengan sokongannya untuk telefon pintar. Sebelum ini, melalui video Android 3.0 Honeycomb, ianya diperkatakan yang mana Honeycomb telah dibangunkan untuk tablet, sekaligus menjadi tanda tanya bagi pengguna telefon pintar sedia ada, samaada adakah mereka akan menerima kemaskininya ataupun tidak. Namun begitu, mungkin lebih banyak informasi akan diketahui dalam masa terdekat ini.

#dejavu Random note: there’s no hard minimum processor requirement for Honeycomb. Trust me, if there were I’d know.less than a minute ago via web

Komen