Cari @ Amanz

Setelah sekian lama dinantikan, kini Kevin Rose, pembangun disebalik laman popular Digg kini meramalkan yang mana iPad 2 akan diperlihatkan oleh Apple dalam tempoh kuran 4 minggu daripada sekarang. Malah, lebih menarik lagi, beliau mengatakan berkemungkinan besar Apple akan melancarkan iPad 2 pada 1 Februari 2011 ini.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui sepenuhnya, apakah fungsi-fungsi baru yang akan diperkenalkan bersama-sama dengan iPad 2 kelak. Buat masa ini, antara yang diperkatakan adalah dimana iPad 2 akan membawakan skrin dengan DPI yang lebih tinggi, selain turut sama membawakan kamera hadapan dan belakang.

Sebelum ini, Kevin Rose pernah membuat ramalan beberapa perkara, dimana ianya pernah benar-benar terjadi, dan ada juga yang tidak. Namun begitu, ianya masih lagi tidak dapat dipastikan mengenai perkara ini, memandangkan Apple masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd