Cari @ Amanz

Selepas melancarkan web Mau.my yang mana menawarkan suatu platform untuk berjual-beli, kini Web Impian hadir dengan lagi satu produk baru, yang mana berkonsepkan laman soal-jawab, iaitu TanyaSoalan. Ianya masih baru lagi, dan dibangunkan menggunakan platform OSQA, iaitu Open Source Q&A System, selain menawarkan kebolehan untuk mendaftar menggunakan OpenID dengan mudah.

Pada TanyaSoalan, ianya membolehkan para pengguna bertanya sebarang soalan kepada umum, dimana pengguna lain boleh menyumbangkan sedikit idea dalam menjawab persoalan tersebut. Setiap jawapan yang baik, dan mendapat undian pengguna lain akan menerima mata ganjaran dan juga lencana menarik, sekaligus memperlihatkan status anda pada laman TanyaSoalan.


Laman TanyaSoalan.com

Sebelum ini, antara laman pertanyaan yang popular adalah Yahoo! Answers. Akhir-akhir ini, salah satu laman pertanyaan yang meningkat naik popularitinya adalah Quora, namun ianya hanya membenarkan pengguna bertanya soalan dalam Bahasa Inggeris sahaja, dan tidak dalam bahasa lain. Mungkin TanyaSoalan boleh menjadi suatu platform seperti Quora, namun begitu, ianya memerlukan kawalan oleh para pentadbirnya, supaya soalan yang ditanya tidak berupa spam dan yang tidak begitu logik dan sebagainya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd