Sekiranya anda mengikuti FlareBiz, semestinya anda kenali salah satu projek mereka, iaitu MajalahIM, yang mana merupakan salah satu e-majalah yang memfokuskan kepada keusahawanan dan juga perniagaan dalam talian, dan menariknya ditulis sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Kini, untuk berkembang dengan lebih pesat lagi, pihak Flarebiz telah menjenamakan semula MajalahIM kepada MajalahNiaga.
Seperti sedia maklum, MajalahIM sudah tidak dikeluarkan buat beberapa bulan buat masa ini, dan kini Flarebiz menjenamakan semula menjadi MajalahNiaga, dengan fokus dan matlamat baru, dimana kini mereka memfokuskan lebih kepada blog, dimana lebih kurang dua artikel akan disiarkan setiap minggu pada laman mereka, selain turut sama akan mengeluarkan e-majalah MajalahNiaga 4 kali setahun, ataupun 3 bulan sekali. Perkara ini juga akan membolehkan laman MajalahNiaga dikunjungi ramai, selain meningkatkan lagi semangat keusahawanan dalam diri setiap pembacanya.
Laman MajalahIM Kini Di Jenamakan Semula Menjadi MajalahNiaga [via]
Selain daripada MajalahNiaga, Flarebiz merupakan tulang utama disebalik AkademiUsahawan.com, KomikNiaga.com dan sistem kedai dalam talian terkemuka, MiniNiaga dan juga NiagaKit.