Facebook Akan Di Tutup Hanyalah Suatu Berita Palsu

Facebook Akan Di Tutup Hanyalah Suatu Berita Palsu

Diterbitkan pada Jan 9, 2011 oleh .

Salah satu berita yang menjadi sebutan ramai hari ini adalah mengatakan yang mana Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011, yang mana sekaligus telah meningkatkan aktiviti spam emel rakan-rakan dengan berita tersebut. Hendaklah diambil perhatian yang mana berita tersebut hanyalah sebuah berita tipu semata-mata.

Semestinya ramai yang akan tergelak dengan membaca berita ini. Facebook yang kini telah menjadi sebuah laman terkemuka didunia, baru-baru ini telah menambah dana untuk beroperasi, selain dianggarkan bernilai lebih $50 billion. Pada masa yang sama, ianya mempunyai lebih 550 juta pengguna seluruh dunia yang bertambah setiap hari.

Sekiranya dilihat daripada sudut yang paling teruk sekalipun, perkara yang amat dahsyat akan dilakukan oleh Facebook hanyalah sekadar menjual laman mereka kepada pihak lain, samaada Google, Microsoft ataupun yang lain-lain. Berita mengenai penutupan laman tersebut timbulnya daripada laman Weekly World News, yang sememangnya sering mengeluarkan berita-berita yang tidak benar dan lucu, dan carian “Facebook akan ditutup pada 15 Mac” di Google memperlihatkan lebih daripada 63,300 hasil carian ketika artikel ini ditulis.

We didn’t get the memo about shutting down, so we’ll keep working away. We aren’t going anywhere; we’re just getting started.less than a minute ago via HootSuite


TIPS & ULASAN