Cari @ Amanz

TV3 Menggunakan Perkhidmatan Akamai Untuk AJL25

Oleh Aman

Link Copied!

TV3 sentiasa hadir dengan pelbagai acara menarik dan sensasi, dan hari ini, mereka akan membawakan acara terkemuka, Anugerah Juara Lagu yang ke-25. Menariknya, acara tersebut turut akan ditayangkan secara dalam talian melalui web khas yang telah dibangunkan, dan menariknya, mereka menggunakan teknologi daripada Akamai supaya para pengguna tidak menghadapi sebarang masalah dalam menontonnya secara dalam talian.


Laman AJL25

Untuk makluman semua, sebelum ini, MediaPrima turut sama menggunakan teknologi sama dalam membawakan ShoutAward secara langsung dalam talian, dan juga laman video terkemuka daripada MediaPrima, iaitu TonTon.com.my turut sama menggunakan teknologi Akamai dalam membawakan tayangan video tanpa sebarang masalah. Bagi yang tidak ketahui, Akamai merupakan salah satu penyedia perkhidmatan berasaskan perkomputeran awan, dalam mengoptimakan kandungan web dan aplikasi mudah-alih yang terkemuka didunia.

Sebelum ini, pada tahun lepas, Anugerah Juara Lagu ke-24 turut sama telah ditayangkan secara dalam talian, dan ianya telah memperlihatkan dimana lebih 18 ribu orang pengguna seluruh dunia menontonnya secara dalam talian. Namun begitu, ramai yang tidak berpuas-hati dengan perkhidmatan tersebut, dimana ramai tidak dapat mengaksesnya, dan tayangan pada web diperkatakan agak perlahan. Mungkin, kini dengan teknologi Akamai yang digunakan, mereka tidak akan menghadapi masalah serupa, malah akan ditonton oleh lebih ramai pengguna lagi.

Selain daripada itu, sekiranya sebelum ini, pada #AJL24, TV3 mengintegrasikan fungsi rangkaian sosial, iaitu Facebook dan Twitter, dimana para pengguna boleh mengemaskini status mereka dan mengikutinya secara dalam masa nyata, laman AJL25 tidak boleh mengintegrasikan sebarang fungsi rangkaian sosial buat masa ini. Walaubagaimanapun, mereka mempunyai suatu halaman ringkas untuk melihat tweet berkaitan dengan AJL25.


Komen ()