Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, Twitter telah menjadi salah satu lokasi untuk bersosial yang menarik, kerana anda turut boleh mengikuti perkembangannya dengan mudah melalui telefon mudah alih anda. Kini, Twitter turut mengeluarkan statistik, dimana kini, lebih 40% tweet yang dihantar hadirnya daripada perantian mudah-alih.

Sebelum ini, hanya lebih kurang 20% hingga 25% tweet sahaja dihantar melalui perantian mudah-alih, namun angkanya telah meningkat sejak setahun yang lepas. Salah satu perkara yang menyumbangkan kepada perkara ini dikatakan adalah kerana aplikasi rasmi daripada pihak Twitter untuk para pengguna perantian mudah-alih.

Sepanjang tahun lepas, kita dapat melihat Twitter mengeluarkan aplikasi untuk setiap perantian mudah-alih, termasuk untuk iOS, Android, BlackBerry, malah Windows Phone 7 yang terkini. Terkini, Twitter turut mengeluarkan aplikasi rasmi mereka untuk Mac OS X bersama-sama dengan Mac App Store yang baru dirasmikan.

Selain daripada statistik penggunaan, Twitter juga turut memperlihatkan yang mana kini mereka mempunyai lebih 350 orang pekerja, dimana 100 orang daripadanya hanya mula bekerja bersama Twitter sejak suku tahun ke-empat tahun 2010.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd