Setelah sekian lama tertanya-tanya, kini ianya disahkan yang mana Android 3.0 Honeycomb akan menyokong penuh telefon pintar. Dan menariknya, beberapa perkara baru yang lain juga turut sama akan diperkenalkan, menjadikan telefon pintar yang menggunakan Android lebih selari di pasaran.
Salah satu perkara baru yang akan menarik pada Android Honeycomb kelak adalah dimana ianya tidak lagi memerlukan butang pada telefon. Seperti diketahui, sekarang ini, pelbagai pengeluar telefon pintar Android mengeluarkan telefon pintar mereka bersama bebutang pada perantian, untuk memudahkan navigasi, namun susunannya tidak seragam pada setiap pengeluar. Untuk mengatasinya, melalui Honeycomb, butang tidak lagi diperlukan, dimana Android 3.0 Honeycomb akan membawakan kebolehan kawalan maya, terus pada skrin dengan mudah.
Selain daripada itu, Android 3.0 Honeycomb juga turut akan membawakan cara baru untuk multi-tasking, dimana sekarang ini, pengguna Android perlu tekan butang Home untuk sedikit masa, dan kaedah itu dikatakan sedikit lambat. Melalui Honeycomb, para pengguna hanya perlu sentuh skrin sekali sahaja, dan boleh melihat aplikasi yang sedang berjalan dengan mudah sekali.
Selain daripada itu, Honeycomb turut sama akan membawakan pelbagai perkara baru, dan ianya dikatakan yang mana Google akan mengumumkan tarikh pelancaran Honeycomb secara rasmi pada acara Mobile World Congress yang akan diadakan pada pertengahan bulan Februari nanti.