Cari @ Amanz

Pembangun simpleLinux memulakan tahun 2011 ini dengan menarik sekali, dimana mereka telah memperkenalkan laman web mereka yang serba baru, bersama-sama dengan domain baru mereka, simpleLinux.MY yang sekaligus lebih melambangkan ianya dibangunkan di negara kita, Malaysia.


Laman Web Baru SimpleLinux

Buat masa ini, laman web simpleLinux masih lagi sedang melalui proses pembangunan, dan belum selesai sepenuhnya. Beberapa pautan padanya juga masih membawakan pengguna kepada laman lama mereka. Namun begitu, laman baru simpleLinux kini lebih menarik dan kemas, selain memudahkan navigasi berbanding sebelumnya.

Pada masa yang sama, kini akaun Twitter @simpleLinux juga aktif, membolehkan para pengguna mengutarakan sebarang pertanyaan terus pada Twitter dengan mudah dan pantas. simpleLinux versi akan datang, iaitu simpleLinux Penyelamat (Rescue CD) akan dilepaskan seawal 18 Januari, yang mana akan membawakan tema baru, selain berkemungkinan besar akan mengguna-pakai versi kernel Linux yang paling terkini. Sama-sama kita nantikannya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd