Dr Rozmey Bakal Melancarkan dRbook Pada 15 Mac

Dr Rozmey Bakal Melancarkan dRbook Pada 15 Mac

Diterbitkan pada Jan 11, 2011 oleh .

Setelah seluruh internet kecoh dengan berita palsu mengatakan Facebook akan menutup perkhidmatan mereka pada 15 Mac, kini, Dr Rozmey muncul dengan mengatakan yang mana beliau akan melancarkan laman sosial lebih kurang seperti Facebook, tetapi turut didatangkan bersama-sama dengan fungsi perniagaan yang diintegrasikan padanya.

Buat masa ini, masih tidak ketahui nama akhir laman sosial tersebut, namun ianya dipanggil sebagai dRbook buat masa ini. Carian pantas untuk nama domain dRbook, memperlihatkan nama domain .com, dan .net telah didaftarkan atas nama pihak lain seawal tahun 2005, selain nama domain .com.my dan .my yang masih belum didaftarkan sehingga kini (ketika artikel ini ditulis).

Ianya turut diketahui yang mana pembangunan laman sosial dRbook itu masih lagi belum dimulakan buat masa ini, dan sehiingga kini sebanyak 2 syarikat telah menghantar proposal untuk pembangunan laman sosial tersebut, dan Dr Rozmey masih lagi sedang mencari para pembangun aplikasi dalam membangunkan laman sosial tempatan yang turut diintegrasikan bersama-sama dengan fungsi-fungsi untuk perniagaan internet.

Tips daripada @RotiKaya. Hantarkan tips anda kepada @AmanFirdaus di Twitter atau emel kepada media(a)amanz.my.


TIPS & ULASAN