Cari @ Amanz

Tidak sampai sebulan FourSquare memperkenalkan sokongan fungsi untuk memuat-naik gambar dan komen, kini telah pun lebih 1,000,000 gambar dimuat-naik pada laman tersebut. Buat masa ini, fungsi memuat-naik gambar pada FourSquare hanya ditawarkan melalui web, dan juga aplikasi iPhone dan Android sahaja.

Walaupun ianya masih lagi belum diperkenalkan kepada kesemua perantian mudah-alih yang lain, fungsi memuat-naik gambar ini dilihat sudah berjaya menarik minat para penggunanya, dimana lebih 1,000,000 gambar telah pun dimuat-naik dalam tempoh yang amat singkat sekali. Selain daripada itu, perkara ini juga berjaya dicapai oleh FourSquare dengan bekerjasama bersama beberapa penyedia yang lain termasuk FoodSpotting dan juga Instagram.

our 1,000,000th photo (and a great tip), from @batmanuel in paris! http://t.co/l6FVorGless than a minute ago via Twitter for Mac

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd