Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan rekabentuk laman profail pada Facebook yang baru pada bulan lepas, kini Facebook memperkenalkan ianya secara rasmi kepada semua pengguna Facebook, sekaligus mengantikan rekabentuk profail yang lama, sekaligus menyeragamkan kesemua profail di Facebook.

Melalui profail baru pada Facebook, ianya membawakan ringkasan mengenai anda, seperti dimana anda tinggal, belajar dan sebagainya, pada bahagian atas laman profail anda, sekaligus memudahkan para pengguna lain mengenali anda dengan lebih pantas. Selain daripada itu, gambar-gambar baru anda juga turut diperlihatkan dibahagian bawahnya, selain di bahagian tepi kiri, rakan-rakan anda diperlihatkan secara rawak (yang mana anda boleh menetapkannya).

Rekabentuk profail baru ini tidak disukai oleh beberapa pengguna, mengatakannya tidak menarik, namun sebahagian lagi menyukainya kerana anda boleh memperlihatkan pelbagai kreativiti melalui laman profail yang baru, dengan susunan gambar yang menarik.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd