Cari @ Amanz

Salah satu peringkas URL yang makin popular penggunaannya pada masa kini adalah peringkas URL daripada Google, iaitu Goo.gl. Sebelum ini, ianya telah sedia diketahui yang mana Goo.gl merupakan peringkas URL yang terpantas, dan kini ianya melangkah setapak ke hadapan dengan memperkenalkan API untuk para pembangun.

Sehingga kini, peringkas URL Goo.gl tidak disertakan didalam beberapa aplikasi oleh kerana API untuk para pembangun tidak diperkenalkan. Namun begitu, ianya bakal berubah tidak lama lagi, dan mungkin sekaligus menyaingi kesemua penyedia URL sedia ada di pasaran, terutamanya Bit.ly.

Untuk para pembangun yang berminat dalam menggunakan perkhidmatan Goo.gl, Google menyediakan panduan lengkap dalam penggunaan peringkas URL mereka, dimana anda boleh rujuknya dan digunakan dalam pembangunan aplikasi anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd