Pernahkah anda mendengar Fiverr? Kini dengan konsep lebih kurang sama, Hadoko dilancarkan di Malaysia, yang mana ditujukan kepada rakyat Malaysia. Melalui Hadoko, para pengguna boleh berjual-beli sebarang perkhidmatan dengan harga cuma RM3 sahaja.
Laman Hadoko
Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang membezakan antara Fiverr dengan Hadoko adalah pembayarannya, dimana Hadoko tidak mengambil sebarang duit daripada penggunaan laman mereka. Sebaliknya, para pengguna juga perlu berhubung secara terus bersama para pelanggan mereka dalam menetapkan kaedah pembayaran yang disukai oleh mereka.
Buat masa ini, para penggunanya sudah pun mula memperlihatkan tawaran perkhidmatan mereka di Hadoko, dimana pelbagai jenis perkara ditawarkan, daripada tolong pasangkan WordPress, hinggalah kepada tolong masak coklat dan sebagainya.
Hadoko dibangunkan oleh dua orang anak muda, iaitu Ahmad Faisal (yang turut membangunkan laman Ikon.my dan Connection.my) bersama-sama dengan Affuan (salah seorang penulis InfoMalaya). Hadoko kini masih lagi dalam peringkat percubaan, dan mungkin banyak lagi perkara baru akan diperkenalkan pada laman tersebut dengan peningkatan para penggunanya.