Cari @ Amanz

Setelah sekian lama dinantikan oleh para pengguna Joomla, kini, pembangunnya sudah pun melancarkan Joomla 1.6.0 yang mana telah dibangunkan daripada bawah, membawakan pelbagai fungsi menarik padanya, sekaligus memudahkan pembangunan laman untuk syarikat kecil mahupun besar dalam membangunkan laman web mereka.

Melalui Joomla 1.6.0, beberapa fungsi baru dibawakan, dimana melalui versi terkini, anda boleh mengawal akses dengan lebih mudah, sekaligus menetapkan tahap pengguna untuk melihat kandungan, mahupun untuk meng-edit kandungan pada Joomla. Selain daripada itu, ianya turut membawakan tema yang baru, serta semantik markup yang serba baru, dimana anda boleh mengawal tema web anda dengan lebih kreatif lagi. Joomla turut menjelaskan fungsi-fungsi baru yang diperkenalkan pada Joomla 1.6.0 secara lebih terperinci pada halaman rasmi mereka.

Bagi para pengguna Joomla, anda boleh mula menggunakan versi terbaru ini, dan menguji serta menggunakan pelbagai perkara baru yang didatangkan bersama-sama dengannya. Joomla 1.6.0 dikeluarkan menggunakan lesen sumber terbuka, membolehkan para pengguna memuat-turunnya tanpa sebarang bayaran.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd