Android IceCream Seawal Bulan Mei 2011?

Android IceCream Seawal Bulan Mei 2011?

Diterbitkan pada Jan 11, 2011 oleh .

Walaupun Android Honeycomb belum lagi dilepaskan kepada umum, berita mengenai versi Android seterusnya, iaitu Android Ice Cream sudah pun mula kedengaran. Ianya kini diperkatakan yang mana Android IceCream akan diperkenalkan oleh Google pada acara I/O kelak, dan akan dilancarkan secara rasminya dalam tempoh kurang 2 bulan selepas acara tersebut.

Seperti sedia ketahui, Google I/O merupakan salah satu acara tahunan yang diadakan oleh Google yang bakal diadakan pada bulan Mei nanti. Google biasanya akan memperkenalkan pelbagai perkara baru pada acara tersebut, dan salah satu yang dijangka akan diperkenalkan pada tahun ini diperkatakan adalah Android IceCream.

Android IceCream kelak diperkatakan akan dilancarkan kepada umum pada bulan Jun atau Julai, sekaligus perantian yang menggunakannya juga akan dapat dilihat tidak lama selepas pengumuman rasmi Google kelak.

Dengan Android IceCream yang dijangka akan diperkenalkan pada bulan Mei nanti, kita boleh menjangkakan yang mana Android 3.0 Honeycomb akan diperkenalkan kepada umum seawal bulan Mac ini. Walaubagaimanapun, semuanya masih lagi belum mendapat respon rasmi daripada pihak Google buat masa ini.


TIPS & ULASAN