Carian
Najib Menggunakan Twitter dan Facebook Untuk Menerima Soalan Rakyat
January 11, 2011 Aman

Penggunaan rangkaian sosial sememangnya telah banyak berubah sejak beberapa tahun yang lepas, dan kini, hari ini, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib menggunakan platform Twitter dan Facebook untuk mendapatkan pelbagai soalan yang menjadi tanda tanya dikalangan rakyat Malaysia.

Perkara seumpama ini pernah dilakukan oleh beberapa individu sebelum ini, termasuk pembangun Twitter sendiri, namun berbeza dengan mereka yang memberikan jawapan serta-merta, Datuk Seri Mohd Najib mengambil cara yang berbeza, dimana beliau hanya menerima soalan sahaja, dan ianya dikatakan yang mana beliau akan membalasnya melalui sebuah video khas kelak.


Antara Top Tweet Pada Twitter dengan hashtag #tanyanajib


Twitter Trend #tanyanajib

Hashtag yang digunakan untuk perkara ini, iaitu #tanyanajib turut sama dapat menjadi salah satu topik terhangat di Twitter untuk sementara waktu. Selain daripada di Twitter, Datuk Seri Mohd Najib turut menggunakan platform perbincangan di Facebook untuk menerima soalan daripada rakyat Malaysia.

T.ksh ats soaln2 yg mberangsangkn dr anda. sy akn cb mjwbnya tdk lm lg. Insya-Allah sy akn mgadakn sesi ini lg d ms akn dtg #tanyanajib #fbless than a minute ago via web

Komen