Skyfrens – Lagi Laman Sosial Tempatan?

Skyfrens – Lagi Laman Sosial Tempatan?

Diterbitkan pada Jan 11, 2011 oleh .

Walaupun Facebook sedang meningkat naik namanya, para pembangun masih lagi belum mengalah dalam membangunkan laman sosial mereka tersendiri. Terkini adalah laman sosial yang dibangunkan oleh pengguna tempatan, SkyFrens, yang mana diperkenalkan pada 9 Januari yang lepas, dan masih lagi pada versi beta buat masa ini.


Laman Skyfrens

Sama seperti laman-laman sosial pada masa kini, SkyFrens turut membawakan fungsi-fungsi asas rangkaian sosial, termasuk sokongan sembang melalui ruangan chat, dan juga sokongan permainan secara terus daripada laman SkyFrens. Buat masa ini, sekiranya dilihat daripada rekabentuk laman, mungkin ianya perlu diperbaiki lagi, dan perlu promosikan dengan lebih meluas lagi dalam mendapatkan pengguna yang ramai.

Di Malaysia sahaja, terdapat beberapa rangkaian sosial, termasuk Ikon.MY, Connection.MY, Aper.MY, selain Dr Rozmey turut ingin menceburi industri rangkaian sosial tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN