Cari @ Amanz

Sepanjang tahun ini, salah satu teknologi yang bakal mendapat perhatian ramai adalah panggilan video dan suara melalui internet. Umum sedia ketahui, Skype merupakan antara nama besar dalam perkhidmatan tersebut, selain turut disertai oleh Apple dengan aplikasi FaceTime. Menariknya, kini Microsoft juga diperkatakan ingin menyertai industri tersebut.

Ianya kini diperkatakan yang mana fungsi seumpamanya akan diperkenalkan pada Windows Phone membolehkan para pengguna membuat panggilan video bersama pengguna Windows Phone yang lain dengan mudah. Selain daripada itu, ianya juga diperkatakan akan diperkenalkan kepada para pengguna Windows melalui perkhidmatan Microsoft Live.

Walaubagaimanapun, masih tiada sebarang pengumuman rasmi buat masa ini, dan segalanya masih lagi pada peringkat ura-ura buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd