Upin dan Ipin Menerima Anugerah Malaysian Book of Records

Upin dan Ipin Menerima Anugerah Malaysian Book of Records

Diterbitkan pada Jan 12, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, Upin dan Ipin telah menjadi salah satu fenomena baru dalam dunia animasi negara, dan menariknya, kini animasi popular Upin dan Ipin telah pun berjaya memasuki Malaysian Book of Records sebagai Animasi Yang Paling Berjaya Di Malaysia.


Kemaskini Status Di Facebook [via]

Upin dan Ipin telah menjadi salah satu animasi yang paling berjaya, dimana filem pertamanya telah ditayangkan di Malaysia pada 12 Februari 2009 yang lepas. Selain daripada di Malaysia, ianya juga turut sama ditayangkan di Indonesia, Brunei dan India. Animasi pendeknya turut ditayangkan sepanjang tahun, selain turut sama boleh ditonton terus di YouTube.

Kini, pihak Les Copaque sedang giat membangunkan filem kedua Upin dan Ipin, iaitu Laksamana Upin dan Ipin, dijangka akan ditayangkan kepada umum pada tahun 2012.


TIPS & ULASAN