Google Ingin Gantikan H.264 Dengan WebM Di Chrome

Google Ingin Gantikan H.264 Dengan WebM Di Chrome

Diterbitkan pada Jan 12, 2011 oleh .

Dengan kejayaan pelayar web Google yang kian meningkat, kini Google akan tidak lagi membawakan sokongan video H.264 pada pelayar web mereka, sebaliknya mengantikannya dengan salah satu projek yang disokong oleh Google sendiri, iaitu WebM, yang mana membawakan sokongan video standard.

Seperti sedia maklum, H.264 merupakan salah satu standard yang mana digunakan secara meluas (antaranya di YouTube), dan menyokong pelbagai format video. Namun begitu, setiap penggunaannya memerlukan royalti dibayar kepada MPEG LA, pemilik asal H.264.

Walaupun ianya merupakan sesuatu perkara yang baik, namun beberapa masalah yang dikaitkan dengannya adalah termasuk dimana kini para pembangun perlu menyediakan laman web mereka untuk menyokong WebM. Walaubagaimanapun, memandangkan Google hanya mengatakan mereka akan mengantikannya dalam beberapa bulan akan datang, ianya mungkin bukanlah suatu masalah yang besar, dan memberikan para pembangun sedikit masa untuk menyokong WebM mengantikan H.264.


TIPS & ULASAN