Selepas Honeycomb, Ianya Android Ice Cream Sandwich?

Selepas Honeycomb, Ianya Android Ice Cream Sandwich?

Diterbitkan pada Jan 12, 2011 oleh .

Baru sahaja semalam kita dengar mengenai Android Ice Cream, kini berita mengenainya kedengaran lagi. Ianya kini diperkatakan yang mana versi generasi baru Android selepas Honeycomb bukan sahaja akan dipanggil sebagai Ice Cream, sebaliknya akan dipanggil sebagai Ice Cream Sandwich.

Seperti sedia maklum, Google sehingga kini menyediakan sebuah patung gergasi simbolik kepada setiap versi Android di pejabat mereka, dan ianya diperkatakan sekiranya selepas ini Android menggunakan nama Ice Cream, kelak patung tersebut akan serba sebanyak menyerupai Frozen Yogurt (Froyo) yang pernah dikeluarkan oleh Android sebelum ini. Untuk mengatasinya, ianya diperkatakan yang mana Google akan memanggilnya sebagai Ice Cream Sandwich, sekaligus memberikan gambaran berbeza.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui yang mana apakah akan dibawakan oleh Android Ice Cream Sandwich, namun ianya diperkatakan yang akan diperkenalkan seawal bulan Mei ini pada acara Google I/O. Sama-sama kita nantikannya.


Patung Gingerbread Di Google


TIPS & ULASAN