Groupsmore Melangkaui Angka 50,000 Pengguna

Groupsmore Melangkaui Angka 50,000 Pengguna

Diterbitkan pada Jan 12, 2011 oleh .

Setelah melancarkan perkhidmatan mereka pada bulan September 2010 yang lepas, kini Groupsmore telah mencapai suatu tahap yang membanggakan, dimana lebih daripada 50,000 telah pun kini berdaftar bersama dengan perkhidmatan mereka, sekaligus bakal memudahkan Groupsmore dalam mendapatkan lebih banyak tawaran menarik untuk para penggunanya.


Target seterusnya – 1 Juta Pengguna

Groupsmore merupakan salah satu laman tawaran diskaun dalam pembelian berkumpulan yang popular di Malaysia, selain beberapa laman yang lain. Pada hujung tahun yang lepas, Groupsmore mengeluarkan laporan yang mana lebih daripada 48,000 pengguna telah berdaftar, dan semalam melalui sebuah artikel khas pada blog mereka, mereka memperlihatkan yang mana 49,871 pengguna telah berdaftar, dan kini angka pendaftaran tersebut memperlihatkan yang mana mereka telah mencapai lebih 50,020, sekaligus memperlihatkan pendaftaran lebih kurang 150 pengguna baru berlaku dalam sehari.

Dengan pencapaian ini, Groupsmore juga bercadang untuk mengadakan suatu aktiviti khas untuk para pengguna mereka, dan dijangka akan diadakan dalam masa terdekat ini. Ianya masih belum diketahui apakah yang akan diumumkan, namun ianya akan diketahui dalam beberapa hari akan datang.

Sehingga kini, Groupsmore telah menolong para pengguna mereka menjimatkan lebih RM692,042,55 melalui lebih 12,851 tawaran berbeza yang telah diadakan.

Syarikat disebalik Groupsmore, YouthAsia, baru-baru ini turut sama telah menjenamakan semula salah satu syarikat dibawah mereka, iaitu YouthSays kepada Says.MY. Selain daripada itu, Youth ’11 juga dinantikan oleh para penyokong mereka, dan mungkin kita boleh melihat kejutan daripada pihak Groupsmore ini pada ketika acara Youth ’11 nanti.

50,000 members on GroupsMore! Tonight we celebrate! And now it’s time to plan our awesomeness pa-pa-party!less than a minute ago via HootSuite


TIPS & ULASAN